Tai Chi: Seni Mempertahankan Diri Masyarakat Cina di Malaysia.

Profile Blog

1.Siti Nurul Aishahfika Abdullah (1710154)

2.Nik Ammurah Al Syakirah Bt Nik Rahim (1720284)

3.Syamsureena binti Marusin (1724708)

4.Najihah binti Ibrahim (1810798)

5.Muhammd Adam Irfan bin Khairuddin (1720943)

6.Muhammad Haziq bin Samsudin (1912481)

7.Awang Ridhwan bin Awang Dewa (1918445)

8.Zul Amar Zulkifli (1620435)

9.Mohamad Ariff Bin Mohamad Asri (1914029)

Nama Kampus: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Nama Subjek: Hubungan Etnik

Kod Subjek: MPU 3112

Semester:1 (2020/2021)

Seksyen: 12

Sumber: A man performs Tai Chi for his morning exercise in Beijing, China. (Robert F. Bukaty/AP)

Pengenalan:

    Malaysia ialah sebuah negara harmoni yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat Cina merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu. Kedatangan orang Cina ini jelas kelihatan pada pertengahan abad ke-19 dan pada awal abad ke-20. Kesan kedatangan mereka telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai berbagai bangsa, budaya dan agama. Selain dari keunikan bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi masyarakat Cina, terdapat beberapa seni dan budaya yang turut menjadi perhatian rakyat Malaysia. Antaranya ialah seni mempertahankan diri yang berasal dari China seperti Tai Chi, Wushu, Guoshu dan sebagainya. Selain menyifatkan kepada kepentingan kesihatan, kaedah latihan seni mempertahankan diri China juga diilhamkan dari agama, lagenda dan falsafah China. Untuk kajian ini, kami akan memfokuskan tentang seni mempertahankan diri Tai Chi yang telah dipopularkan oleh masyarakat Cina di Malaysia. 

Objektif kajian:

1. Untuk mengetahui sejarah kewujudan seni mempertahankan diri Tai Chi.

2. Untuk mengenalpasti manfaat seni mempertahankan Tai Chi dari aspek kesihatan.

3. Untuk mengetahui teknik-teknik asas di dalam seni mempertahankan diri Tai Chi.

Tema: 

    Selain menjadi tumpuan masyarakat Cina di Malaysia, seni mempertahankan diri Tai Chi juga turut di senaraikan sebagai salah satu olahraga dan tarian Yoga. Di dalam video ini, kami akan menerangkan beberapa perkara berkaitan seni mempertahankan diri Tai Chi. 

    Pertama, sejarah kewujudan seni mempertahankan diri Tai Chi. Seni ini telah diwujudkan oleh seorang ahli seni mempertahankan diri dan diambil dari ajaran Tao. Terdapat juga beberapa istilah lain seperti  ‘Tinju Tingkat Tinggi’, ‘Pukulan Tanpa Batas’, dan ‘Pukulan Tingkat Tinggi’. Kedua, beberapa kajian telah membuktikan keberkesanannya dari aspek kesihatan. Sebagai contoh, seni mempertahankan diri Tai Chi mampu menangani masalah kesihatan yang melibatkan kardiovaskular, otak, pernafasan, dan muskuloskeletal. Ketiga, Terdapat beberapa teknik asas dalam mempelajari seni mempertahankan diri ini. Antara pergerakan atau teknik asas itu ialah  teknik pose awal, teknik santai tangan dan teknik pergerakan bulan penuh atau 2 pergerakan penuh.


Sumber: Pinterest

Objektif 1

    Istilah Tai Chi telah diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-18 oleh seorang ahli seni mempertahankan diri China bernama Yang Luchan. Dengan keunikan seni mempertahankan diri kuno ini, beliau telah berjaya mengalahkan semua ahli-ahli seni bela diri pada waktu itu. Ilmu seni mempertahankan dirinya telah diambil dari sebutan diagram Yin-Yang, yang biasa digunakan sebagai lambang ajaran Tao. Sejak dari itu, seni mempertahankan diri yang unik ini mula dikenali sebagai nama Tai Chi. Namun demikian, ia sebenarnya telah lama wujud sejak ratusan tahun dahulu dan menjadi rahsia kerana hanya diajarkan pada keluarga secara turun temurun sahaja. Sebelum Yang Luchan memperkenalkan nama Tai Chi, orang awam mengenali seni mempertahankan diri ini sebagai ilmu bela diri ‘Langka".

 

    Tai Chi ialah ilmu mempertahankan diri China yang memfokuskan pada keseimbangan Energi Chi dalam tubuh manusia. Selain dikenali sebagi ilmu mempertahankan diri yang unik kerana gerakannya yang lambat, tidak menunjukkan kekuatan, dan menyerupai senaman, Tai Chi juga dikenali sebagai ilmu mempertahankan diri yang memiliki pengaruh terapi atau penyembuhan dalam latihan-latihannya.

 

    Ada yang mengatakan Tai Chi ialah ‘Tinju Tingkat Tinggi’, ‘Pukulan Tanpa Batas’, ‘Pukulan Tingkat Tinggi’, atau ‘Pukulan Halus’. Istilah ‘Tingkat tinggi’, ‘Tanpa batas’, atau ‘halus’ ini dimaksudkan sebagai penggunaan tenaga Energi Chi, yang dianggap kekuatannya sangat tinggi di atas tenaga otot atau tenaga biasa. Tai Chi juga melatih penggunaan Energi Chi melalui latihan-latihan keseimbangan dan keselarasan antara 3 elemen iaitu gerak fisik, fikiran konsentrasi dan ketenangan, serta pengaturan nafas. 


Objektif 2 

    Kita dapat mengenalpasti bahawa Tai Chi merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang mampu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal seseorang. Menurut kajian yang diterbitkan di dalam ‘Terapi dalam Perubatan’ pada tahun 2014 serta ‘Jagaan Pemulihan dan Pencegahan Kardiopulmonari’ pada tahun 2009’, Tai Chi merupakan salah satu terapi yang sangat berkesan untuk menangani masalah kesihatan yang melibatkan kardiovaskular, otak, pernafasan, dan muskuloskeletal. Penulis kajian juga menyatakan bahawa seni mempertahankan diri Tai Chi ini turut dikaitkan dengan penambahbaikan kawalan tekanan darah, berdasarkan analisis mereka terhadap 29 kajian yang telah diterbitkan. Selain itu, dalam kajian "Kardiologi Pencegahan" pada tahun 2008, Tai chi juga terbukti dapat membantu menurunkan tekanan darah seseorang.

 

    Dalam pada itu, fungsi keseimbangan badan biasanya akan mula merosot pada usia pertengahan akibat risiko jatuh dan cedera secara bertahap dari semasa ke semasa. Maka, latihan Tai Chi ini boleh digunakan bagi memperbaiki kawalan otot, keseimbangan dan kelenturan badan. Sebagai contoh, ‘foot warmup’ dalam seni mempertahankan diri Tai Chi dapat membantu meningkatkan keseimbangan dan kestabilan otot kaki kerana saluran tenaga tulang belakang mampu membuka dan memulihkan sistem saraf tubuh badan.  

Objektif 3

    Setelah mengupas mengenai asal usul, maksud serta manfaat kesihatan seni mempertahankan diri Tai Chi, Kini, kita akan memahami beberapa teknik asas yang perlu dipraktikkan didalam Tai Chi. Antaranya ia teknik pernafasan, formasi dan gaya serta teknik gerakan.

Sumber: WikiHow

1. Lakukan pemanasan dengan pernafasan yang benar dan terpusat. 

    Seperti seni bela diri lainnya, Tai Chi tidak hanya mengenai betapa cepat dan kuatnya anda dapat membelah papan atau melawan seseorang. Bahagian terpenting dari ini adalah memiliki genggaman yang kuat pada fikiran anda. Untuk mengosongkan fikiran, fokus pada chi, dan untuk memasuki potensi, anda harus memulai dengan pernafasan anda.

  • Posisikan kaki anda terpisah sejajar dengan bahu, tidak terlalu jauh.

  •  Letakkan tangan pada bahagian bawah perut, sekitar 5 cm di bawah pusat. Tekan ke dalam sedikit.

  • Bernafas melalui hidung anda secara perlahan dari bahagian perut anda tersebut. Jika anda tidak dapat merasakan bahagian ini bergerak, tekan dengan tangan anda sedikit lagi.



Sumber: WikiHow

2. Konsentrasi terhadap semua bahagian tubuh anda satu demi satu. 

    Setelah pernafasan terasa normal, mulai bersantai dengan setiap bahagian tubuh anda satu demi satu. Mulailah dengan kaki anda lalu ke arah kulit kepala. Buat sekecil mungkin sampai kuku tangan anda. Anda akan menyedari bahawa anda sebenarnya tegang.

  • Jika anda mulai bergoyang, itu bererti anda santai dan badan anda tidak tegang untuk menyeimbangkan. Jika ini terjadi, cuba sesuaikan kaki anda atau menggerakkan konsentrasi kembali pada keseimbangan sampai anda stabil lagi.


Sumber: WikiHow

3. Temukan akar diri anda. 

    Salah satu konsep Tai Chi adalah “mengakar”. Hal ini sangat jelas di mana, bayangkan akar yang tumbuh dari bawah kaki anda. Anda adalah sebahagian dari tanah, tidak pernah hilang keseimbangan, fokus, atau pemusatan. Anggota tubuh anda bergoyang seperti ranting di angin, tidak pernah ragu kerana ketakutan atau kegelisahan. Anda terakar.

  • Posisi ini tidak berarti kaki anda kaku. Sebaliknya, bayangkan saja akar di bawah anda, sebagai sebahagian dari diri anda, bebaskan gerakan anda kerana anda tidak boleh terjatuh, anda tidak boleh gagal, dan anda akan selalu menjadi sebahagian dari dunia nyata.


Sumber: WikiHow

4. Fikirkan mengenai kerangka tubuh anda.

    Dalam Tai Chi, ada beberapa gerakan posisi yang senang dilakukan. Umumnya tiap gaya memiliki gerakan tertentu. Berikut adalah ringkasannya:

  • “Gaya rangka kecil”. Dalam gaya ini (biasanya versi Wu atau Hao) tidak terlalu luas. Gerakannya lebih kecil dan perluasannya lebih sedikit. Ianya lebih fokus kepada tenaga dalaman untuk membentuk gerakan dan transisi yang tepat.

  • “Gaya rangka besar”. Ianya (Chen dan Yang) melibatkan posisi berdiri rendah dan tinggi, postur yang lebih dramatis, dan lengan yang berayun. Ia menekankan kepada posisi badan yang tepat untuk mengembangkan tenaga.


Sumber: WikiHow

5. Cubalah gaya yang berbeza. 

    Oleh kerana semua Tai Chi bermanfaat, sangat penting untuk anda melakukannya dan jangan risau gaya apa yang sesuai untuk anda. Tetapi ketika anda semakin mendalam ke dunia itu, anda mungkin ingin bereksperimen.

  • Gaya Chen mencampurkan tempo, bergerak lebih lambat lalu menjadi eksplosif. Ini mungkin sedikit sukar untuk pemula.

  • Gaya Yang merupakan yang paling terkenal. Gaya ini memiliki tempo yang stabil, dan seperti dijelaskan di atas, menggunakan gerakan rangka besar.

  • Dalam Gaya Wu, gerakannya hampir mikoskropik. Hal ini membuatnya mudah dilakukan, namun sukar untuk dikuasai kerana ada banyak fokus pada aliran tenaga dan gerakan dalam dan bertekanan. Gerakan ini sangat lambat dan tenang.

  • Gaya Hao tidak begitu banyak digunakan. Anda kemungkinan tidak akan menemukan guru yang melatihnya.


Sumber: WikiHow

6. Kuasai gerakan dengan memahami filosofi dan penciptanya. 

Untuk mengerti alam Tai Chi Chuan kita harus meletakkannya ke dalam konteks budaya asalnya. Hal ini berarti kita harus melihat lebih dekat pada budaya Cina, dan khususnya, tradisi spiritual Taoism dimana Tai Chi menemukan akar dan perkembangannya.

  • Seni Tai Chi dikatakan boleh meningkatkan aliran Chi (Qi), konsep tradisional Cina dari tenaga fizik yang tidak terlihat atau kekuatan jiwa. Dalam penelitian, Tai Chi terbukti boleh meningkatkan keadaan pesakit perubatan dia mana seseorang tidak terbatas pada sakit otot, sakit kepala, fibromialgia, masalah kardivaskular, artritis, multiple sclerosis, Parkinson, Alzheimer, Diabetes dan ADHD. Walaupun olahraga halusnya sangat bermanfaat untuk orang tua, Tai Chi juga adalah untuk semua orang walau hanya terlihat sederhana.

  • Hal yang harus diingat mengenai Taoism adalah ajaran ini mengenai penyesuaian dengan alam. Tidak hanya alam di luar kita, namun alam di dalam diri kita. Prinsipnya disebut sebagai Tzu Jan, atau Ziran dalam bahasa pinyin, dan ia merupakan prinsip menjadi “diri sendiri” atau mewujudkan “alam diri”  seseorang. Jadi selain manfaat kesihatan dan penghilang stres, Tai Chi Chuan juga bermaksud untuk masuk ke dalam diri seseorang.


Sumber: WikiHow

7. Fikirkan mengenai lebih dari sekadar melakukan gerakan. 

    Tai Chi tidak hanya meregangkan tangan di depan anda. Untuk tiap saat, ada tujuan, aliran dan untuk beberapa aplikasi pertarungan. Saat anda berlatih, fikirkan mengenai hal ini. Apa yang dilambangkan oleh gerakan ini? Bagaimana gerakan yang sangat sederhana boleh membangkitkan begitu banyak tenaga.


Sumber: WikiHow

8. Gerakan satu pecutan. 

    Setiap titik pada lengan dan bahagian atas tubuh anda merupakan sebahagian dari pecutan, di mana ianya akan meledak dengan kekuatan tenaga dan akhirnya menjadi pecutan. Namun tidak begitu mudah.

  • Untuk gerakan ini, biasanya satu tangan kekal pada posisi “tangan paruh”. Anda mungkin dapat meneka kenapa ianya terlihat seperti paruh burung. Keempat jari anda seharusnya menyentuh ibu jari dan telapak tangan menghadap ke bawah. Untuk lengan anda, tiap gaya Tai Chi sedikit berbeza, namun biasanya berada pada ketinggian bahu dan tersebar seperti sayap.


Sumber: WikiHow

9. Lakukan gerakan menyebar sayap burung bangau. 

    Bagi latihan ini, berat badan anda seharusnya ditekankan pada satu kaki, namun kedua kaki tetap memijak lantai. Anda akan bergerak ke depan dan belakang selagi anda menguji keseimbangan. Jadi untuk lengan anda seharusnya sebaliknya, di mana satu seharusnya bergerak cepat dan pada arah yang berbeza dan yang lainnya perlahan dan berhati-hati (namun tidak lemah dan lesu).

  • Nama gerakan ini terdengar mudah, namun ianya diaplikasikan dalam pertarungan. Posisi berat dan lengan anda akan selalu berubah. Dan saat anda mengenakan 100% berat badan pada satu kaki, ini membiarkan kaki sebelah untuk menendang. Itulah tujuan anda.

Sumber: WikiHow

10. Berlatih “menuang”.

    Anda cukup berdiri dengan kedua kaki memijak lantai, terpisah sebahu. Lalu anda “menuang” berat anda pada satu kaki dan menahannya; setelah beberapa penarikan dan hembusan nafas, lalu dimulai secara perlahan “menuangkan” berat pada kaki lainnya dan menahannya. Lakukan latihan ini selama beberapa minit, kosongkan fikiran anda dan rasakan keseimbangan anda.

Penutup:

    Seni mempertahankan diri masyarakat Cina di Malaysia sebenarnya telah memberikan pengetahuan baru kepada kita semua. Jadi apakah kaitannya dengan hubungan etnik? Tai Chi asalnya bertujuan untuk mempertahankan diri dan menyatukan kumpulan kaum mereka. Seni ini juga sekaligus menyifatkan semangat kesepakatan antara mereka kerana saling menjaga antara satu sama lain. Walaupun negara telah lama hidup harmoni, ia masih lagi diwarisi dan dipelajari di Malaysia kerana ingin memastikan jasa nenek moyang dan seni yang unik ini dapat diwarisi secara turun-temurun oleh generasi baru. Silat atau Tai Chi, persoalannya adakah kewujudan seni mempertahanankan diri yang berlainan di Malaysia akan menjamin kesejahteraan antara kaum dan negara? Pada pandangan kami, ia dapat menjamin kesejahteraan kerana tiadanya sesuatu yang sempurna dalam dunia ini. Seperti setiap seni mempertahankan diri yang mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri, mungkin kita juga boleh menggabungkan berbagai jenis seni mempertahankan diri  dan menjadikannya sebagai suatu seni pertahanan diri yang lebih kuat. Oleh itu, kita akan lebih memahami budaya kaum lain dan kesepakatan juga akan tercapai. Selain dari mempelajari fungsinya untuk kesihatan dan keselamatan diri, ia juga dapat menimbulkan perasaan saling menghormati dan seterusnya memupuk kesejagatan rakyat yang berbagai kaum dan budaya.


Video: Tai chi; Seni Mempertahankan Diri Masyarakat Cina di Malaysia.

https://youtu.be/PhdbfUFGZD8